Kesan pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai murid dikhuatiri gagal menguasai program 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Dianggarkan 70% murid daripada 669,623 murid yang berada di tadika kerajaan mahu pun swasta masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran 3M tersebut.
Apabila proses kemahiran 3M ini tidak dijadualkan dengan baik kepada kanak-kanak, mereka mempunyai masalah di sekolah rendah. Pada 2018, di daerah Kuantan sahaja 3,677 daripada 8,256 murid Tahun Satu masih lagi tidak tahu mengenal huruf seperti yang dihebahkan sebelum pandemik berlaku. Itu hanya statistik untuk Tahun Satu, bagaimana pula dengan tahun yang berikutnya? Lebih membimbangkan, ia adalah hasil kajian dari kawasan bandar, bagaimana pula dengan luar bandar?
Kanak-kanak ini perlu mendapat akses pendidikan yang sepatutnya kerana ia adalah hak dan bukan pilihan. Hanya dengan pendidikan mampu merubah status kelas sosial mereka dan keluar daripada kemiskinan. Kita tidak mahu kanak-kanak di bandar sedang bermewah dilimpahi teknologi dan kemudahan, sedangkan di satu kawasan yang lain, mereka masih tidak tahu membaca.
Banyak badan bukan kerajaan bersiap siaga untuk membantu kanak-kanak tercicir ini daripada pelbagai aspek kerana masalah kanak-kanak bukan sahaja dari segi kognitif dan sosialnya, malah emosi mereka juga turut perlu dibantu. Pengabaian kanak-kanak boleh menyebabkan kita mendera bukan sahaja secara fizikal, malah mencakupi pengabaian emosi.
Kami di "Jom Pandai Baca" menyahut seruan kerajaan dan badan NGO yang lain untuk turut serta membantu anak anda supaya dapat membaca dengan baik dan lancar. Ayuh, semua bersama kami!
No comments:
Post a Comment