Pages

Wednesday, 22 February 2023

Tawaran Eksklusif Musim Cuti Sekolah


 PERHATIAN

ADALAH DIMAKLUMKAN, SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA 
19 - 28 FEBRUARI 2023, KELAS "JOM PANDAI BACA" AKAN DIADAKAN  UNTUK MEMBANTU ANAK ANDA MENGUASAI BACAAN DENGAN BAIK DAN LANCAR. 

TEMPAT ADALAH TERHAD

TAWARAN DISKAUN YURAN SEHINGGA 40% 
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT SILA LAYARI LAWAN SESAWANG KAMI 
di

https://jompandaibaca.blogspot.com/

ATAU HUBUNGI KAMI DI :

016-3830522 (Cg.Norhiesyam)

"JOM PANDAI BACA"
Baca Sampai Lancar

Mengapa Membaca Sangat Penting?

                                    

‘Membaca Jambatan Ilmu’. Membaca adalah satu aktiviti yang tidak ada kerugian baginya. Sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw juga adalah ayat ‘Iqra’ yang bermaksud bacalah. Ini menunjukkan bahawa agama Islam sangat mementingkan budaya membaca dalam kalangan umatnya.

Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25% ketika lahir, 50% ketika berumur enam bulan, 85% ketika berumur tiga tahun dan 95% ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.

Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, ‘Membaca adalah hak setiap kanak-kanak’. Membaca untuk anak-anak terlalu banyak faedahnya. Maka, menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa memperkenalkan budaya membaca kepada anak-anak sedari kecil.

Kami di program "Jom Pandai Baca" sedia membantu ibu bapa untuk membantu anak anda dapat membaca denagn baik dan lancar. InshaAllah akan akan bantu sehabis baik untuk anak anda.

 


70 Peratus dikhuatiri Jadi Generasi Buta Huruf

 


Kesan pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai murid dikhuatiri gagal menguasai program 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Dianggarkan 70% murid daripada  669,623 murid yang berada di tadika kerajaan mahu pun swasta masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran 3M tersebut.

Apabila proses kemahiran 3M ini tidak dijadualkan dengan baik kepada kanak-kanak, mereka mempunyai masalah di sekolah rendah. Pada 2018, di daerah Kuantan sahaja 3,677 daripada 8,256 murid Tahun Satu masih lagi tidak tahu mengenal huruf seperti yang dihebahkan sebelum pandemik berlaku. Itu hanya statistik untuk Tahun Satu, bagaimana pula dengan tahun yang berikutnya? Lebih membimbangkan, ia adalah hasil kajian dari kawasan bandar, bagaimana pula dengan luar bandar?

Kanak-kanak ini perlu mendapat akses pendidikan yang sepatutnya kerana ia adalah hak dan bukan pilihan. Hanya dengan pendidikan mampu merubah status kelas sosial mereka dan keluar daripada kemiskinan. Kita tidak mahu kanak-kanak di bandar sedang bermewah dilimpahi teknologi dan kemudahan, sedangkan di satu kawasan yang lain, mereka masih tidak tahu membaca.

Banyak badan bukan kerajaan bersiap siaga untuk membantu kanak-kanak tercicir ini daripada pelbagai aspek kerana masalah kanak-kanak bukan sahaja dari segi kognitif dan sosialnya, malah emosi mereka juga turut perlu dibantu. Pengabaian kanak-kanak boleh menyebabkan kita mendera bukan sahaja secara fizikal, malah mencakupi pengabaian emosi.

Kami di "Jom Pandai Baca" menyahut seruan kerajaan dan badan NGO yang lain untuk turut serta membantu anak anda supaya dapat membaca dengan baik dan lancar. Ayuh, semua bersama kami!


Anak Anda Masih Tidak Boleh Membaca ? Jangan Bimbang! Kami Akan Bantu Anak Anda.






Rupanya masih ramai kanak-kanak yang masih tidak dapat membaca. Kes ini berlaku kerana disebabkan oleh pendemik Covid 19. Jangan bimbang! Jangan panik! Kami sedia membantu anak anda dengan adanya program "Jom Pandai Baca" yang menggunakan kaedah santai tapi hasilnya mantap.


Sempena cuti sekolah ini, marilah rebut peluang keemasan ini untuk  menghantar anak anda ke program Jom Pandai Baca selagi tempat masih ada. Kami akan bantu anak anda sehingga berjaya, InshaAllah. Program ini direka dan dibentuk untuk memastikan anak anda tidak bosan semasa proses pembelajaran berlangsung kerana pendekatan proses pembelajaran adalah seronok dan santai yang berkonsepkan didik hibur.


Tempat adalah terhad dan bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Minuman dan makanan ringan bagi memastikan anak anda seronok dan ceria sepanjang mengikuti program Jom Pandai Baca ini. Tunggu apa lagi? Jom segera daftarkan anak anda sekarang sementara masih ada.


Bagimanakah cara mengajar anak membaca dengan cepat?


 

jom adik kita baca buku sama-sama

Tahukah anda, menurut kajian, belajar membaca merupakan satu cabaran untuk lebih daripada 40 peratus kanak-kanak? Oleh itu, jangan risau sekiranya anak anda belum pandai membaca seperti anak rakan-rakan anda.

Paling penting, jangan membandingkan anak anda dengan mereka kerana dikhuatiri anak anda akan hilang keyakinan diri dan menyebabkannya hilang minat untuk belajar lagi. Ingatlah, setiap anak-anak mempunyai potensi diri yang berlainan.

Kita sebagai ibu bapalah bertanggungjawab untuk mencungkil dan mengasah potensi mereka supaya menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan, inshaAllah.

Artikel kali ini adalah berkenaan 10 tips supaya anak cepat pandai membaca. Sekiranya anda menyedari anak anda lambat membaca berbanding rakan sebaya, jangan diabaikan sahaja mereka. Ini kerana, semakin meningkat usia anak-anak itu, semakin sukar untuk mereka belajar membaca.

Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Semoga tips ini bermanfaat pada ibu bapa diluar sana, inshaAllah.

#1 Peruntukkan masa tetap setiap hari untuk membaca pada anak 

Kajian mendapati bahawa membacakan buku pada anak setiap hari boleh meningkatkan pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.

#2 Besarkan anak dalam persekitaran yang penuh dengan bahan bacaan

Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku.

Lebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah, atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta!

#3 Adakan waktu membaca keluarga

Wujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap.

Dengan melihat anda membaca, anak anda juga akan terdorong untuk membaca. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.

#4 Galakkan pelbagai aktiviti membaca yang menarik

Jadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca menu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal.

Anda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bacaan diwaktu lapang mereka sementara mereka menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi.

Pelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar seperti flashcard, permainan atau ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka.

#5 Menanam kebiasaan untuk ke perpustakaan

Terimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu, kami tidak mempunyai kereta, jadi, jika mahu kemana-mana kami akan menaiki bas. Teringat kesusahan ibu saya membawa kami tiga beradik yang masih kecil ke perpustakaan seminggu sekali.

Tidak kira apa jua keadaan, perpustakaan menjadi tempat wajib kami kunjungi setiap minggu. Sewaktu cuti sekolah, ibu memilih untuk menghantar kami ke perpustakaan setiap hari. Di penghujung hari, selepas pulang dari pejabat barulah ibu menjemput kami.

Meletihkan dan kami juga tidak dapat pergi bermain. Tetapi dengan cara tersebut, kami lebih berminat untuk membaca berbanding aktiviti lain.

#6 Pantau setiap perkembangan anak anda

Ketahui secara terperinci setiap perkembangan anak anda. Dapatkan maklumat dari guru di sekolah berkenaan sejauh mana perkembangan yang anak anda tonjolkan di sekolah. Kenalpasti kemahiran membaca yang sepatutnya mengikut peringkat umur.

Kebanyakan ibu bapa gemar meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak mereka di bahu guru di sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan anak mereka sendiri.

Hakikatnya, itu adalah perbuatan yang salah! Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak sepatutnya berlaku hanya disekolah. Ia sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah pendidik terawal dan utama bagi anak mereka.

#7 Jujur pada diri dan letakkan sasaran yang realistik

“Saya mahu anak saya pandai membaca dalam masa satu bulan!”. Sekadar berimpian tidak boleh menyebabkan anak anda membaca dengan cepat. Jujur pada diri, dan letakkan matlamat yang realistik. Hanya anda mengetahui sejauh mana potensi dan tahap perkembangan anak anda.

Anda boleh meletakkan matlamat seperti ‘berusaha melatih anak membaca 15 minit setiap hari’ atau ‘menggalakkan anak membaca tiga buah buku sebulan’. Apa sahaja matlamat mengikut kemampuan anak anda.

Terlalu mendesak anak mencapai matlamat yang anda tetapkan sendiri bukan sahaja menyebabkan anak tertekan, malah boleh meragut minat mereka untuk membaca. Jadikan membaca ini suatu perkara yang menyeronokkan, bukan merunsingkan.

#8 Memberi galakkan dan motivasi, bukan merendahkan

“Anak saya membaca terlalu perlahan”. Antara keluhan yang sering diluahkan oleh ramai para ibu. Tidak mengapa untuk anak anda membaca lambat. Setiap anak-anak mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Jangan sesekali membanding-banding anak anda dengan anak orang lain, lebih-lebih lagi dihadapannya. Dikuhatiri, semangat dan minatnyanya untuk belajar hilang sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu bimbangkan selaju manakah anak anda membaca. Sebaliknya, tumpukan lebih perhatian pada bagaimana anak anda menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.

Jangan terlalu memberi tekanan pada anak anda supaya laju membaca. Lebih baik sekiranya anda boleh membantunya mengingati apa yang dia baca sebentar tadi. Sebagai contoh, anda boleh menulis beberapa perkataan atau melukis sesuatu yang menggambarkan apa yang berlaku. Dengan cara ini, minat anak anda untuk membaca boleh bercambah hari demi hari.

Reaksi dan respon dari anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan anak anda membaca. Pastikan anda memuji dengan ikhlas setiap usaha mereka. Sekali sekala, hadiahkan barang impian mereka untuk mengiktiraf segala usaha mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai. Ingat, usaha yang kecil tetapi diamalkan setiap hari boleh menyumbang pada kejayaan yang besar dikemudian hari.

#9 Berkongsi kesusahan dan cabaran anda dengan anak-anak

Anak anda tidak mahu membaca? Fahami perasaan mereka. Kebiasannya apabila sesuatu perkara tersebut dianggap terlalu sukar untuk dilakukan, ditambah lagi dengan tekanan pelbagai pihak termasuk guru di sekolah dan ibu di rumah, anak anda seringkali memilih untuk tidak melakukannya lansung!

Kongsikan pada anak anda apa jua perkara yang anda tidak pandai atau menghadapi masalah untuk melakukannya. Akui padanya, sebagai manusia biasa, tidak mengapa untuk tidak pandai – asalkan berusaha dan mencuba.

#10 Raikan setiap kejayaan dan usaha

Paling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda – setiap satu kejayaan! Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk mengetahui tahap kemajuan mereka dalam pelajaran.

*Raikan apabila anak anda berjaya menyebut satu perkataan yang sukar dengan betul.

*Raikan apabila beliau sudah semakin membaca dengan lancar.

*Raikan apabila mereka memperbetulkan sebutan bacaan sendiri.

*Raikan apabila mereka menghabiskan banyak buku untuk dibaca.



Tawaran Eksklusif Musim Cuti Sekolah

  PERHATIAN ADALAH DIMAKLUMKAN, SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA  19 - 28 FEBRUARI 2023 , KELAS "JOM PANDAI BACA" AKAN DIADAKAN ...